Tuesday, May 21, 2013

BEKAS LELAKI WORKAHOLIC (Bahagian pertama)

I think I need to write this. I need a big change in my life. I'm 32  (33 on NOV 13 this year, dulu masa muda nak rasa cepat dewasa, sekarang rasa nak delay pulak). For the past few years I've been through ups & downs. I was once a workaholic. I lived a boring life. I spent most of my time in front of computer but I've learnt a lot. Ini kisah benar.

Last year for the 1st time ever I had a panic attack. Bunyi macam cool kan. Tapi sebenarnya tidak. Panic attack / anxiety sebenarnya boleh dikaitkan dengan mental health. Tapi bukan lah gila tahap masuk hospital Tanjung Rambutan tu. Faktor penyebabnya - depression, lifestyle, kurang kasih sayang (bunyi macam kelakar tapi betul).

PANIC ATTACK

When I had my 1st panic attack I was at my brother's house. Kalau tak salah January 2012. Masa tu Mak datang KL. Hari tu last day dia kat KL sebelum balik kampung. Dalam kereta nak hantar pegi rumah my cousin kat Bangi. Sebelum masuk kereta ada perasaan tak sedap hati. Ada macam sesuatu tak kena. Sesak nafas, lower body parts rasa ketat. Padahal bukan pakai skinny jeans pun (Ya lelaki rendah macam aku tak sesuai pakai skinny jeans sebab nampak lagi rendah). Tiba-tiba rasa claustrophobic yang melampau. Sebelum ni memang aku claustrophobic tapi tahap tak boleh duduk back seat in 2 doors car je (macam kereta Satria tu). Ini duduk depan kereta sedan. Aku cakap kat abang aku (who was driving the car) mintak stop kat mana-mana petrol station. Tiba-tiba belum sampai petrol station aku dah tak tahan, aku suruh dia berhenti tepi jalan. Keluar kereta terus aku muntah. Badan masih rasa ketat. Aku pindah duduk seat belakang. Unbottoned my jeans. Tarik nafas dalam-dalam & relax. Lepas 10 minit sampai kat rumah cousin, terus masuk toilet buka baju buka seluar tinggal boxer je. Lepak dalam toilet dekat setengah jam. Aku salin pakai seluar pendek yang loose sikit. Rasa selesa daripada sebelumnya tapi badan masih rasa ketat.

Perjalanan dari Bangi nak balik rumah kat KL rasa macam seksaan dari kubur. Aku buka tingkap luas-luas. Unzipped my shorts & unbuttoned my shirt. Tapi claustrophobic masih tak hilang. Dipendekkan cerita, sampai je rumah aku terus cari kain pelikat. Aku terbaring kat sofa sementara tunggu housemate balik. Claustrophobic masih jugak tak hilang. I lived on the 15th floor. Ada rasa macam adrenaline rush. Rasa macam nak terjun dari balkoni. Aku pernah bungy jump 2 kali sebelum ni. Perasaan lega yang sukar digambarkan bila lepas terjun. Tapi kali ni for real. Sekarang baru aku faham macam mana perasaan orang nak bunuh diri.

Housemate sampai rumah terus aku ajak dia hantar aku pergi klinik kat Bangsar. Selepas disoal siasat, daripada 23 symptoms of anxiety, aku dah experience 21 out of 23. Blood pressure naik mendadak yang menyebabkan blood vessel mengembang so lower body parts rasa ketat. Doktor cakap ini penyakit moden. Kalau tak dirawat mungkin akan menyebabkan masalah mental yang serius. Ok ini aku agak takut. Ubatnya mudah, change my lifestyle, surround myself with positive people, socialise & ingat tuhan.

Mulai saat dan detik itulah aku mula sedar, betapa aku tak fikirkan soal kesihatan diri. Kata doktor panic attack tu macam wake up call. Sekali kena panic attack, kebarangkalian untuk kena attack lagi adalah tinggi. Bila ada anxiety secara tak langsung aku akan ada masalah bila bekerja. Akan hilang fokus, mood swing & sebagainya. Aku dinasihatkan jumpa therapist. The doctor prescribed me anti-depressants & beberapa jenis ubat-ubatan yang aku kena habiskan dalam masa seminggu sampai blood pressure kembali normal. Bil rawatan RM350. Damn expensive! Selepas seminggu aku datang ke klinik lagi. Blood pressure dah ok sikit. Tapi treatment masih diteruskan. Kena RM350 lagi. Bila masuk kali ketiga (minggu ketiga) jumpa doktor, jumlah keseluruhannya aku dah habiskan RM1100 untuk rawatan 'jiwa' ni. Aku mula rasa ini akan menaikkan lagi blood pressure & depress lagi ada la. Lain lah kalau aku Tony Fernandes ke Robert Kwok ke duit keluar macam air yang mengalir pun takde masalah. So aku buat keputusan, stop jumpa doktor dan tak ambik ubat lagi. Ini lah masanya untuk aku UBAH. Ya change my lifestyle, surround myself with positivity dan mendekatkan diri dengan tuhan.

I moved to a studio apartment in Mon't Kiara. Nak environment baru. I pampered myself cos I think my mind & body deserved it. I was offered a full time job at Red Communication as Film & TV Director. Ini mungkin dream job. Tapi dari awal lagi aku risau kalau masalah anxiety ni akan mengganggu fokus kerja. Takut nanti kalau mood swing atau hilang fokus. Tapi aku beranikan diri sahut cabaran. Ini masa untuk berubah ke arah lebih positif. Ya macam kursus motivasi sebelum SPM masa sekolah.

I really enjoyed working at Red Comm. I made new friends & my boss seorang yang amat memahami & supportive. She's ok with my anxiety. My first project was Astro My Hometown campaign for Merdeka Celebration. I made my first ever short film "PASPORT EKSPRES"& directed a series of short docu for Astro Merdeka Campaign. I became workaholic again. Disebabkan aku jenis yang suka buat semua benda sendiri sebab dah biasa multi-task, anxiety datang kembali. I had my 2nd panic attack at home. I passed out.

Dipendekkan cerita, lama-kelamaan aku mula hilang fokus. I wanted to quit my job. I couldn't think about anything else. I needed a break. I shut myself down. Hibernate. Ada perasaan macam 'I want to be free', bebas tanpa tekanan. Maybe I pampered myself too much but at the same time I put a lot of pressure. Kerja siang malam. Jarang bersosial. Aku buat keputusan drastik. So I moved out from my studio apartment in Mon't Kiara & I quit my job. Rasa selesa & mewah ditinggalkan. No more luxury. Back to basic. Aku rasa bebas. Aku nak lihat dunia. Mahu menulis dan bikin filem. Tapi sebelum travel & bikin filem kena kumpul duit. So I took freelance jobs. Sedar tak sedar dah 4 bulan lebih tersangkut buat freelance job. Misi nak mengembara tertangguh. I'm starting to lose focus. But alhadulillah a film that I produced with my friends, Nik Amir & Jeremy 'KIL' will be out soon. Itu berita baik. Orang tak tahu betapa susah payah kitorang nak bikin projek kecil ni. Aku akan update pasal KIL kemudian. Tapi sekarang masa untuk aku ubah. Ya kembali ke tujuan asal. Mengembara, menulis & bikin filem. Kalau bukan sekarang bila lagi. Dan yang paling penting inilah masanya untuk mendekatkan diri dengan tuhan.

*I had my 3rd panic attack last month. Walaupun tak seteruk sebelum ni, tapi ini mungkin wake up call kali ketiga. Pedulikan yang lain & maju ke depan. Aku perlukan positivity. Langkah pertama, boost my confidence. Pakai braces untuk betulkan gigi yg senget sikit ni. Hari ni hari ketiga pakai braces. Semalam gigit roti pun rasa macam gigit batu bata. Tapi ada kisah di sebalik tabir jugak macam mana aku boleh pakai braces ni. Mungkin wake up call untuk gigi. Itu dalam bahagian kedua nanti.

FIKIRKAN BOLEH! (Macam lagu Roy Azman kat RTM suatu ketika dulu). Sebelum nak ubah negara kita kena ubah diri dulu.



Friday, May 10, 2013

NEGARAKU

Fikiran negara sedang berkecamuk. Diasak kiri dan kanan. Sekarang waktu yang amat sesuai untuk kita hayati 2 puisi daripada Sasterawan Negara, Dato' Usman Awang. 2 potong dialog dalam Pasport Ekspres dipetik daripada 2 puisi ini.

*Puisi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya. Jangan pakai Google translate. Hilang puitis dan seninya.

PEMUDA DAN GADIS TIONGHUA

Hari depan yang manis dalam usia tanah air
mengisi wajah para pemuda dan gadis Tionghoa
sederap tumbuh bersama pohon-pohon bumi subur
pucuk getah dan ladang pertani disinari matari timur.

Pada tangis pertama kelahiranmu di bumi ini
sampai saat terakhir nafas dalam melangkah kaki
teguh-teguhlah menyanyikan lagu tanah air tercinta
bersama kita atas kesegaran kepedihan bumi merdeka.

Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa
hidup ini sudah terbenam pada persamaan nasib semata
kaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalir
sama-sama menyanyikan lagu terbagus untuk tanah air.

Permuda dan gadis Tionghoa, di sini bumi dan udara kita
yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air
dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir
kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir.

Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat
darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat
esok, ketika Tahun Baru akan kukirimkan sebuah angpau
dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau!

JIWA HAMBA

Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba

Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

KIL DI PAWAGAM 30 MEI 2013.



Jangan lupa 30 MEI 2013. Ini KIL lah. Akan update trivia di sebalik tabir KIL bila ada masa terluang.