Sunday, June 2, 2013

TRIVIA KIL (Bahagian pertama / Part 1)



1. Projek KIL bermula dgn borak2 nak bikin short film sebab Flux baru beli camera 5DMKii. Nik Amir cakap dia ada story. 

2. Bila dengar idea Nik Amir tu, terus kitorang rasa lebih baik dikembangkan jadi feature film.

3. Selepas 2 bulan, skrip disiapkan. Asalnya nak shoot sendiri guerrilla style (tanpa permit main redah je).

4. Tiba2 teringat kat S.Y. Chong (D.O.P) yg berpengalaman dlm filem iklan. Katanya kalau ada cerita menarik dia nak cuba.

5. Chong pernah terlibat dlm filem Dukun arahan Dain Said. Atas sebab tak dpt dielakkan Dukun tidak ditayangkan. Chong minat Faizal Hussein.

6. Kami mula ensemble crew & cast. Dari projek suka2 jadi lebih serius. Bermula dgn zero tanpa pengalaman bikin filem.

7. Dengan budget terhad, tempoh penggambaran tidak boleh lebih dari 11 hari. Kalau tak semua kena makan maggi.

8. Nik Amir pernah menonton Redza Minhat berlakon teater di Actors Studio. Terus dia approach Redza utk watak Akil.

9. Setelah pelakon asal watak Zara tiba2 hilang tanpa dikesan, takdir menemukan Cristina Suzanne. Dia seorang yg quirky.

10. Seterusnya contact Harun Salim Bachik sebab pernah bekerja dgn beliau dlm music video Pesawat –Mirage

11. Jipie dari Pesawat penampilan istimewa jadi Abang Polis. Penggambaran di lakukan di balai polis Bukit Indah Ampang.

12. Lagu tema KIL 'Rapuh' lagu & lirik ditulis oleh Jipie Pesawat yg berlakon jadi abang polis tu.

13. Ajak Dira Abu Zahar sebab pernah bekerjasama (her acting debut) dlm filem bebas My Indie Rock Darling.

14. Paling ketar lutut bila nak offer Hasnul Rahmat berlakon, sampai mintak tolong kawan dari Spore kasi mukadimah dulu.

15. Pra-produksi dilakukan kami sendiri. Masa tu kitorang panggil kawan2 yg sanggup nak tolong. Xoxo

16. Pernah cuba dapatkan bantuan kewangan tapi siapalah kitorang.. Terpaksa cari sendiri. Nasib baik bapa Nik Amir bantu.

17. Rehearsal dimulakan di Laguna Music. Family Jeremy Little byk beri sokongan. Kami peminat tegar SevenCollar T-Shirt.

18. Orang paling dikehendaki utk bikin music score KIL, Duan dari SevenCollar T-Shirt. Dia setuju. Kitorang happy dance jap.

19. Ham guitarist SevenCollar T-Shirt muncul dalam KIL jadi mangsa kena tembak.

20. Nama Aidil Manjalara lakonan Aidil dari band Couple inspirasi dari nama Ena Manjalara lakonan Ida Nerina dalam Layar Lara.

21. Boss Akil lakonan Abang Anuar adalah pelakon yg muncul dlm filem Mukhsin, scene lagu Ne Me Quitte Pas bersama Adibah Noor.

22. 1st shot, 1st day scene rooftop tertunda lebih sejam disebabkan masalah dgn AJK persatuan penduduk walaupun dpt permit DBKL.

23. Scene paling susah nak shoot, scene Zara tegur Akil kat lif. Berapa byk retake sebab crowd x boleh dikawal keluar masuk lif.

24. Sebuah bilik kecil di Laguna Music ditukarkan menjadi 3 set utama. Reception LAB, bilik Zara, bilik consultant.

25. Redza Minhat pakai braces (pendakap gigi) dalam filem Pisau Cukur. Dalam KIL Cristina Suzanne pakai braces.

26. Ella cameo jadi jiran Akil yg jaga Chong (kucing Akil). Nama sebenar kucing tu, Sati seperti yg disebut oleh Ella.

27. Atilia juga muncul penampilan istimewa sebagai isteri kepada Johan Iskandar lakonan Hasnul Rahmat.

Bersambung...