Monday, November 5, 2012

BUKANKAH KECURIGAAN TELAH TERBUNUH KETIKA KITA BERSAPA


"Jangan lupa lagu Ahmad Jais.. Hidup bukan untuk derita!" -Umar Ghazi

 Terima kasih kerana menonton Pasport Ekspres. Jujurnya masih terkejut dengan sambutan di YouTube. 3K views in the 1st 4 hours. Bangun pagi keesokannya 20K views. Dalam masa 24 jam terus meningkat ke 40k views. Setelah 4 hari terus meningkat ke 100k views. Dan akhirnya dalam masa seminggu mendapat lebih 200k views di youtube. Trending selama seminggu dan Most Viewed Video of the week di Malaysia. Ini mengejutkan.

Niat asal hanya mahu berkongsi selama 5 jam di youtube (set to unlisted) selain daripada memenuhi permintaan kepada yang bertanya macam mana nak menonton Pasport Ekspres. Apabila sudah ramai yang share di facebook & twitter, agenda asal berubah. Dalam masa seminggu akaun twitter dipenuhi dgn mentions, beratus friend request di Facebook. Followers di twitter tiba-tiba berganda. I don't know how to react. Reply yang paling mudah "Terima kasih kerana menonton :)" walaupun hanya tuhan yang tahu rasa bersyukur & berterima kasih kerana akhirnya ada yang mula menghargai penat lelah untuk menghasilkan Pasport Ekspres. Tiba-tiba macam ada cahaya terang yang suluh jalan. Ini jalannya. Jangan pusing belakang, jangan belok kiri atau kanan. Dalam menghasilkan Pasport Ekspres, segala jiwa raga, perasaan sedih, gembira marah, emosi dalam & luar, pengalaman 31 tahun hidup di muka bumi ini dicurahkan. Kalau kamu dapat merasakannya, alhamdulillah.

Tiada apa yang lebih menggembirakan & membanggakan selain daripada melihat anak-anak muda mula berkongsi petikan puisi Usman Awang di twitter & facebook, mula mendengar lagu Allahyarham Dato' Ahmad Jais & ingin menonton kembali Layar Lara. Ada yang mula bertanyakan di mana boleh beli buku antologi puisi Jiwa Hamba karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang. Dialog yang dituturkan menerusi karakter Ali, Umar Ghazi & Cikgu Roslan dikongsi di laman twitter & blog. Dan kepada orang-orang lama, puisi-puisi Dato' Usman Awang & lagu-lagu Dato' Ahmad Jais dan Tan Sri S.M Salim bukanlah sesuatu yang asing. Mereka tersenyum. Itu semua memori. Seperti dialog watak Umar Ghazi "Sebab tu benda yang kita ingat kita kena simpan.."

Kalau ada yang sudah baca post sebelum ni dah tentu tahu dari mana datangnya inspirasi, idea & cerita di sebalik tabir Pasport Ekspres.

Secara peribadi Pasport Ekspres bukanlah sebuah filem pendek yang bertujuan untuk menyampaikan mesej nilai-nilai murni. Tapi lebih kepada berkongsi apa yang dirasa selama 31 tahun hidup di atas muka bumi. Pandangan daripada manusia biasa yang tidak pernah takut untuk bermimpi. Ya aku selalu bermimpi atau dalam bahasa kurang puitisnya "berangan". Tapi bukan angan-angan kosong. Banyak lagi idea & imaginasi yang mahu dikongsikan. Sebagai tanda terima kasih kepada yang menyokong & menonton Pasport Ekspres, versi filem penuh kini dalam perancangan. Buat masa sekarang masih di peringkat menulis skrip. Working titlenya sudah ada, Poskad Ekspres. Ali, Umar Ghazi & Cikgu Roslan Mahmud akan kembali bertemu. Ideanya lebih besar. Dan yang pasti lagu-lagu Ahmad Jais & puisi-puisi Usman Awang akan kembali diperdengarkan. Insyaallah.

*P/S: Bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan sebenarnya cool. Tidak kira bangsa atau agama. Kita akan lebih memahami antara satu sama lain. Seperti petikan puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang..

"Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa?"


5 comments:

  1. terbaek.tahniah director

    ReplyDelete
  2. cerita yang amat memberangsangkan...walaupun hanya sekadar filem pendek...

    #lagu ahmad jais sentiasa dimainkan sekarang..

    ReplyDelete
  3. Seriously I love all your production videos , it's like something different , like first time in malaysia ada filem yang menyampaikan mesej yang macam ni and something yang I rasa boleh move forward dengan lebih jauh , the ideas , the video effect , the color editing , all smart ! plus background music yang sesuai digunakan based on purpose for this short film , it's like your others movies 'KIL' and iklan raya tu all nice ! congratulation to you Rewan Ishak , you're very creative and I will waiting your next film and I do support our film industry and wish you and your crews always success and create more movies , video or drama ! keep it up :)

    ReplyDelete
  4. Bro bila nak kuar poskad ekspress xsbr ni

    ReplyDelete