Thursday, August 22, 2013

POSKAD EKSPRES: Sinopsis penuh.


Berdasarkan watak tiga sahabat dalam filem pendek Pasport Ekspres, Ali, Umar Ghazi & Roslan Mahmud bertemu kembali dalam filem penuh, Poskad Ekspres.

Pada 31 Ogos 2014 Ali, Umar & Roslan masing-masing menerima sekeping poskad yang bertarikh 3 tahun dari masa hadapan. Rasa curiga & ingin tahu, mereka bertemu di lokasi poskad tersebut dihantar, Perlis Indera Kayangan. Pada masa yang sama terdapat laporan mengenai kewujudan crop circles di ladang tebu Chuping, di sawah padi Padang Melangit dan juga bunyi aneh dari langit kedengaran di beberapa daerah di Riau, Sumatera. Beberapa objek pegun dilihat beralih dari tempat asal. Yasmin, seorang wartawan muda ke Perlis untuk mendapatkan maklumat. Zain, seorang pegawai risikan khas ditugaskan untuk menyiasat.

Pertemuan kembali Ali, Umar & Roslan mengimbas kembali memori & kisah lampau mereka dan seterusnya membawa mereka ke ladang tebu Chuping. Ali mula berimaginasi tentang kewujudan extra-terrestrial di ladang tersebut. Umar Ghazi yang amat meminati sejarah nusantara & teori konspirasi mula mencari maklumat. Roslan Mahmud pula menemui sebuah puisi lama yang ditulis oleh sasterawan negara Usman Awang untuk seorang sahabat.

Pada tahun 1965, Bayu Gibran seorang ahli fizik berpindah ke Lembah Biru yang terletak berhampiran sempadan Thai- Malaysia bersama isteri dan anak perempuannya. Amat mengagumi ciptaan, teori & inovasi genius barat Nikola Tesla, Bayu Gibran mahu membangunkan Menara Tesla untuk menyalurkan tenaga elektrik & telegrafi tanpa wayar percuma ke seluruh nusantara menerusi projek rahsia, Elektrika.

Siapakah yang menghantar poskad tersebut & apakah kaitan dengan kejadian misteri di Ladang Tebu Chuping? Semuanya akan terjawab dalam Poskad Ekspres.





No comments:

Post a Comment